ni lah kwn rapat n kwn sy yg ongot2..haha... klau drang teda rsa kosong plak hidup di IPG.. memperkenalkan dri Kiri Elaine , martina, cecile , melviah, ani. hehehe... ni baru pompuan...geng rapat lelaki pun ada tau..nnti kan ya~! haha
Friday, 19 October 2012
Walaupun sibuk n trlibat dgn byk aktviti, itu bukan alasan utk sy x dpt mluangkan msa utk belajar atau meluangkan masa dengan kawan2.. wlaupun hati buat masa ini x tenang, kwn2 dan kluarga IB srta Tuhan slalu ada disisi utk mngukir snyuman di hati..
Exam akan tiba x lama lagi... sy msti yakin boleh! kali ni sy x akan gagal lagi.. 2 kali ggal brturut2 wlaupun dah buat yg trbaik, mmg buat kita jatuh...tpi bila sy buka hati fikiran ini, sy x boleh mgalah.. exam last utk pp ni mesti lulus~!! kena study bgus2 lepas ni ^_____^..doa kan sy dan suma kawan2 lulus cmrlang ya~!
Exam akan tiba x lama lagi... sy msti yakin boleh! kali ni sy x akan gagal lagi.. 2 kali ggal brturut2 wlaupun dah buat yg trbaik, mmg buat kita jatuh...tpi bila sy buka hati fikiran ini, sy x boleh mgalah.. exam last utk pp ni mesti lulus~!! kena study bgus2 lepas ni ^_____^..doa kan sy dan suma kawan2 lulus cmrlang ya~!
Syukur kpd Tuhan krna mc mmberikan nafas dan khidupan shngga pda hari ini... Trima kc Tuhan krna mmberikan ktabahan, kkuatan, ksabaran dlm mnghadapi dugaan yg Kau brikan..trima kc krna mmberikan kluarga baharu yg sngat baik dan sntiasa mmbuat sy trsyum slama sy brada di Ipg. Trima kc krna mmberikan peluang utk sy mnerima anugrah citra kguruan..sy sngat gmbira dan ini lah hasil dan hadiah dri jauh utk ibu bapa n family sy di Sabah.. :-)
Sunday, 12 August 2012
Pengalaman Kemaharahan Yang Sukar Dilupakan
Saya mempunyai banyak pengalaman kemarahan yang sukar
dilupakan. Secara jujurnya, saya seorang yang bukan mudah hilang sabar. Tetapi
jika keadaan saya pada masa itu tertekan dan saya didesak atau dipaksa,
kemarahan saya semakin tinggi.
Antara pengalaman kemarahan yang sukar saya lupakan ialah
apabila saya mula melangkah masuk ke alam perguruan. Disebabkan keadaan
sekeliling yang baru bagi saya, saya masih belum dapat menyesuaikan diri saya
pada masa itu. Pada masa itu, saya dan rakan sekelas saya amat sibuk dalam
menyelesaikan satu projek dan projek itu harus dihantar pada hari tersebut.
Keadaan kelas pada masa itu amat sibuk dan masing-masing tertekan membuat kerja
projek. Perkara yang dibimbangkan ialah kerja projek tersebut dan kelas
seterusnya. Semua menyiapkan projek dengan kelam-kabut kerana tidak mahu
terlewat masuk untuk ke kelas seterusnya.
Ramai yang telah menyiapkan projek tersebut dan mereka
telahpergi ke kelas seterusnya. Namun ada segelintir rakan yang masih belum
menyiapkan projek kerana menghadapi masalah dan amat memerlukan pertolongan.
Saya amat kecewa dan marah dengan situasi ini kerana rakan-rakan yang lain
tidak membantu rakan yang menghadapi masalah dan ini membuktikan mereka
mementingkan diri sendiri kerana mereka tidak mahu membantu rakan yang
menghadapi masalah kerana takut terlewat masuk ke kelas dan takut dimarah dan
didenda.
Namun,
dengan keadaan yang tidak terkawal itu, saya menarik nafas dan berfikiran
positif supaya saya tidak menjadikan keadaan lebih teruk dan selepas itu saya
meneruskan menyiapkan projek saya dengan kesabaran yang tinggi.
Pada pendapat saya, kita
dapa mengawal emosi dan kemarahan kita dengan berfikiran positif. Selain itu,
kita perlu mengambil masa untuk bertenang dan berfikiran panjang sebelum
melakukan sesuatu.
CERPEN
ANALISIS
WATAK
Berdasarkan
cerpen yang bertajuk ‘Pensel Sebatang’ karya Ali Majod, saya telah mengkaji
tiga watak utama iaitu Zahid, Cikgu Jamal dan Dolah.
Watak
yang paling menonjol dalan cerpen ini ialah Zahid. Zahid merupakan seorang
budak yang baik dan pintar. Dia juga mempunyai sifat manja kerana neneknya
telah menjaga dia sejak dia ditinggalkan oleg kedua orang tuanya. Dia juga
hilang pertimbangan diri dan dikawal oleh kemarahan selepas dia mengetahui
bahawa Dolah telah mencuri pensel kesayangannya dan menyebabkan dia didenda.
Ini dapat menjelaskan bahawa Zahid ialah seorang mudah hilang pertimbangan diri
dan dia tidak berfikir panjang dan positif sebelum melakukan sesuatu perkara.
Watak
yang kedua ialah Dolah. Dolah merupakan rakan sekelas Zahid yang telah mencuri
pensel kesayangan Zahid. Dolah tidak bercakap benar tentang pensel yang
dicurinya itu. Watak ini menunjukkan watak yang negatif. Selain itu, Dolah
telah menyebabkan Zahid didenda. Ini
dapat membuktikan bahawa Dolah adalah seorang yang tidak jujur dan mementingkan
diri sendiri. Dia berbohong semata-mata hendak menyelamatkan diriya dari
didenda.
Cikgu
Jamal yang merupakan cikgu kepada Zahid merupakan antara watak yang menonjol.
Cikgu Jamal amat tegas dan bertanggungjawab dalam memastikan keadaan
murid-muridnya. Beliau juga seorang yang penyabar dan ini dapat dilihat apabila
dia berhadapan dengan perangai Zahid yang semakin menjadi-jadi dan menyakitkan
hati. Beliau juga mempunyai sifat penyayang. Dia menyayangi murid-muridnya
terutamanya Zahid. Sikap terbuka dan lemah lembut yang ada pada Cikgu Jamal
membolehkan dia berdamai semula dengan Zahid selepas dia mengetahui bahawa
Zahid tidak bersalah.
CERPEN
Sinopsis
Cerita
BUKU MEMBAWA HARAPAN ( Buku hasil gabungan cerpen-cerpen )
Cerpen :Pensel Sebatang
Karya: Ali Majod
Cerpen ini mengisahkan sebatang pensel istimewa kepunyaan
Zahid. Pensel tersebut telah hilang dan Zahid mendapati bahawa Dolah lah yang
telah mencurinya kerana Dolah turut mempunyai pensel yan sama tetapi warna
penselnya dihiris. Dolah telah menyebabkan Zahid didenda oleh Cikgu Jamal
kerana Dolah telah berbohong tentang pensel itu. Zahid tidak berpuas hati
dengan Dolah. Dia telah membelasah dan menakutkan Dolah. Dia amat sedih akan
kehilangan penselnya itu. Zahid amat tidak berpuas hati akan Dolah. Dirinya
dikawal dengan kemarahan dan menyebabkan dia berubah. Dia telah membeli sebilah
pisau lipat untuk melindungi dirinya dari diganggu Dolah. Dia telah mengganggu
rakan-rakan dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Cikgu Jamal amat sakit
hati dengan perbuatan anak muridnya itu walaupun beliau telah mengenakan denda
banyak kali. Namun denda yang diberikan kepada Zahid seakan-akan tidak mengubah
tingkah-laku Zahid dari terus melakukan perbuatannya itu. Cikgu Jamal
menghantar Zahid menghadap Guru Besar, iaitu Cikgu Berahim. Cikgu Berahim telah
menyoal siasat tentang apa yang berlaku. Zahid telah menceritakan
segala-galanya dan akhirnya Dolah mengaku bahawa dia telah mencuri pensel
tersebut. Cikgu Berahim telah berjaya menyingkap tentang apa yang terjadi dan
beliau masih memberikan kesempatan untuk Zahid meneruskan pembelajarannya
disekolah itu. Cikgu Jamal berasa amat bersalah kepada Zahid kerana bertindak
tanpa memahami situasi yang dialami oleh Zahid. Beliau dan Zahid memerlukan
masa untuk berdamai semula. Cikgu Berahim memberikan 2 batang pensel yang sama
seperti pensel kepunyaan Zahid yang hilang itu. Pensel itu telah dipakai oleh
Dolah dan Zahid dan ini membuatkan Cikgu Jamal berasa amat gembira melihat
mereka yang berhati murni itu setelah diberi kesempatan.
Thursday, 2 August 2012
Model Kompetensi Emosi Goleman (2002)
Model Kompetensi Emosi Goleman(2002)
Model Kompetensi Kecerdasan Emosi yang dibina oleh
Goleman sendiri mengandungi ciri-ciri yang berbeza dengan Model Inventori
Kompetensi Emosi dibina dengan kerjasama Boyatzis. Antara ciri perbezaan dalam
dua model itu ialah: Goleman menggunakan pengurusan hubungan sebagai kemahiran
sosial di bawah kompetensi kecerdasan emosi sosial. Selain itu, modelnya
menggunakan anak panah untuk menunjukkan aliran kompetensi sebagai perhubungan
antara komponen-komponen aspek personal dengan aspek sosial.
Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu
keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri
sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.
Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain
selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada
kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan
emosi, Goleman (2002) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama
iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen
berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri
sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri,mengenal emosi
orang lain dan membina hubungan.
Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri
bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu
itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang
realistik serta mempunyai 3 keyakinan diri sendiri yang kukuh.Tiga
subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri
sendiri dan keyakinan kendiri. Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi
serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih
terkawal. Terdapat enam subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah,
penyesuaian, rajin, amanah, inisiatif dan oreantasi pencapaian .Bagi Goleman,
mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat
menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan
dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga
menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu
seseorang mengawalperasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan
tingkah laku yang tersasar.Disamping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan
emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau
halangan.
Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk
menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebuts ebagai
motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan,
pencapaian,komitmen, inisiatif dan optimisme. Individu yang mempunyai emosi
yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan berusaha ke arah
pencapaian matlamat hidup.Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk
meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan.
Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah
empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan
serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, kanak -kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat memahami
perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh membantu
seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang. Kemahiran
ini dapat memberikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata
dan perasaan yang akan disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan
pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.
Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta
emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang
berinteraksi dengan baik.Disamping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang
mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik.
Selain itu, kemahiran sosial juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan
melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa
membina perhubungan dengan orang lain.Terdapat lapan subkompetensi yang
mewakili kompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi,pengurusan konflik,
kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu,bekerjasama dan
keupayaan berkumpulan.
Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka
konseptualnya, Goleman merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu
dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat
dimensiini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan
menggunakannyamengikut masa yang sesuai. Empat dimenasi utama yang dikenalpasti
adalah kesedarankendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran
sosial. Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap
kesedaran emosi kendiri, ketepatanpenilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya,
dimensi kedua berkaitan dengan pengurusankendiri iaitu mengandungi kawalan
kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasipencapaian dan inisiatif.
Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial,memasukkan empati,
kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah
kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan,kepimpinan,
pengaruh, komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan
hubungan. Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasanemosi
yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia
dapatmembantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model
tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji
spektrum mekanisme psikologiyang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan,
kekeluargaan dan masyarakat.
Saturday, 7 July 2012
Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai
Image Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
* Kecerdasan Verbal-Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.
* Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
* Kecerdasan Visual-Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
* Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
* Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.
* Kecerdasan Intrapersonal
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan
murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.
* Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
* Kecerdasan Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Pelbagai Kecerdasan
Pengenalan
Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.
Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
* Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.
* Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
* Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
* Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk
Jenis-Jenis Kecerdasan
Jenis Kecerdasan
Penerangan
Musical/Rhythmic Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.
Logical-Mathematical Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.
Interpersonal Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
Naturalistic Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.
Ethical/Spiritual Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya
Bodily-Kinesthetic Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
Visual/Spatial Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.
Verbal/Linguistic Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.
Intrapersonal Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)