Sunday, 12 August 2012

Pengalaman Kemaharahan Yang Sukar Dilupakan




            Saya mempunyai banyak pengalaman kemarahan yang sukar dilupakan. Secara jujurnya, saya seorang yang bukan mudah hilang sabar. Tetapi jika keadaan saya pada masa itu tertekan dan saya didesak atau dipaksa, kemarahan saya semakin tinggi.
            Antara pengalaman kemarahan yang sukar saya lupakan ialah apabila saya mula melangkah masuk ke alam perguruan. Disebabkan keadaan sekeliling yang baru bagi saya, saya masih belum dapat menyesuaikan diri saya pada masa itu. Pada masa itu, saya dan rakan sekelas saya amat sibuk dalam menyelesaikan satu projek dan projek itu harus dihantar pada hari tersebut. Keadaan kelas pada masa itu amat sibuk dan masing-masing tertekan membuat kerja projek. Perkara yang dibimbangkan ialah kerja projek tersebut dan kelas seterusnya. Semua menyiapkan projek dengan kelam-kabut kerana tidak mahu terlewat masuk untuk ke kelas seterusnya.
            Ramai yang telah menyiapkan projek tersebut dan mereka telahpergi ke kelas seterusnya. Namun ada segelintir rakan yang masih belum menyiapkan projek kerana menghadapi masalah dan amat memerlukan pertolongan. Saya amat kecewa dan marah dengan situasi ini kerana rakan-rakan yang lain tidak membantu rakan yang menghadapi masalah dan ini membuktikan mereka mementingkan diri sendiri kerana mereka tidak mahu membantu rakan yang menghadapi masalah kerana takut terlewat masuk ke kelas dan takut dimarah dan didenda.
            Namun, dengan keadaan yang tidak terkawal itu, saya menarik nafas dan berfikiran positif supaya saya tidak menjadikan keadaan lebih teruk dan selepas itu saya meneruskan menyiapkan projek saya dengan kesabaran yang tinggi.
Pada pendapat saya, kita dapa mengawal emosi dan kemarahan kita dengan berfikiran positif. Selain itu, kita perlu mengambil masa untuk bertenang dan berfikiran panjang sebelum melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment