Sinopsis
Cerita
BUKU MEMBAWA HARAPAN ( Buku hasil gabungan cerpen-cerpen )
Cerpen :Pensel Sebatang
Karya: Ali Majod
Cerpen ini mengisahkan sebatang pensel istimewa kepunyaan
Zahid. Pensel tersebut telah hilang dan Zahid mendapati bahawa Dolah lah yang
telah mencurinya kerana Dolah turut mempunyai pensel yan sama tetapi warna
penselnya dihiris. Dolah telah menyebabkan Zahid didenda oleh Cikgu Jamal
kerana Dolah telah berbohong tentang pensel itu. Zahid tidak berpuas hati
dengan Dolah. Dia telah membelasah dan menakutkan Dolah. Dia amat sedih akan
kehilangan penselnya itu. Zahid amat tidak berpuas hati akan Dolah. Dirinya
dikawal dengan kemarahan dan menyebabkan dia berubah. Dia telah membeli sebilah
pisau lipat untuk melindungi dirinya dari diganggu Dolah. Dia telah mengganggu
rakan-rakan dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Cikgu Jamal amat sakit
hati dengan perbuatan anak muridnya itu walaupun beliau telah mengenakan denda
banyak kali. Namun denda yang diberikan kepada Zahid seakan-akan tidak mengubah
tingkah-laku Zahid dari terus melakukan perbuatannya itu. Cikgu Jamal
menghantar Zahid menghadap Guru Besar, iaitu Cikgu Berahim. Cikgu Berahim telah
menyoal siasat tentang apa yang berlaku. Zahid telah menceritakan
segala-galanya dan akhirnya Dolah mengaku bahawa dia telah mencuri pensel
tersebut. Cikgu Berahim telah berjaya menyingkap tentang apa yang terjadi dan
beliau masih memberikan kesempatan untuk Zahid meneruskan pembelajarannya
disekolah itu. Cikgu Jamal berasa amat bersalah kepada Zahid kerana bertindak
tanpa memahami situasi yang dialami oleh Zahid. Beliau dan Zahid memerlukan
masa untuk berdamai semula. Cikgu Berahim memberikan 2 batang pensel yang sama
seperti pensel kepunyaan Zahid yang hilang itu. Pensel itu telah dipakai oleh
Dolah dan Zahid dan ini membuatkan Cikgu Jamal berasa amat gembira melihat
mereka yang berhati murni itu setelah diberi kesempatan.
tumpang tanya, ada cerita penuh tak ?
ReplyDelete