Model Kompetensi Emosi Goleman(2002)
Model Kompetensi Kecerdasan Emosi yang dibina oleh
Goleman sendiri mengandungi ciri-ciri yang berbeza dengan Model Inventori
Kompetensi Emosi dibina dengan kerjasama Boyatzis. Antara ciri perbezaan dalam
dua model itu ialah: Goleman menggunakan pengurusan hubungan sebagai kemahiran
sosial di bawah kompetensi kecerdasan emosi sosial. Selain itu, modelnya
menggunakan anak panah untuk menunjukkan aliran kompetensi sebagai perhubungan
antara komponen-komponen aspek personal dengan aspek sosial.
Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu
keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri
sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.
Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain
selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada
kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan
emosi, Goleman (2002) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama
iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen
berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri
sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri,mengenal emosi
orang lain dan membina hubungan.
Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri
bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu
itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang
realistik serta mempunyai 3 keyakinan diri sendiri yang kukuh.Tiga
subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri
sendiri dan keyakinan kendiri. Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi
serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih
terkawal. Terdapat enam subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah,
penyesuaian, rajin, amanah, inisiatif dan oreantasi pencapaian .Bagi Goleman,
mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat
menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan
dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga
menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu
seseorang mengawalperasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan
tingkah laku yang tersasar.Disamping itu, ia juga berkeupayaan mengembalikan
emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau
halangan.
Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk
menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebuts ebagai
motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan,
pencapaian,komitmen, inisiatif dan optimisme. Individu yang mempunyai emosi
yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan berusaha ke arah
pencapaian matlamat hidup.Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk
meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan.
Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah
empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan
serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, kanak -kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat memahami
perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh membantu
seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang. Kemahiran
ini dapat memberikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata
dan perasaan yang akan disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan
pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.
Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya mengurus dan memahami situasi serta
emosi orang lain dengan tepat. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang
berinteraksi dengan baik.Disamping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang
mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik.
Selain itu, kemahiran sosial juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan
melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa
membina perhubungan dengan orang lain.Terdapat lapan subkompetensi yang
mewakili kompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi,pengurusan konflik,
kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu,bekerjasama dan
keupayaan berkumpulan.
Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka
konseptualnya, Goleman merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu
dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat
dimensiini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan
menggunakannyamengikut masa yang sesuai. Empat dimenasi utama yang dikenalpasti
adalah kesedarankendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran
sosial. Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap
kesedaran emosi kendiri, ketepatanpenilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya,
dimensi kedua berkaitan dengan pengurusankendiri iaitu mengandungi kawalan
kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasipencapaian dan inisiatif.
Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial,memasukkan empati,
kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah
kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan,kepimpinan,
pengaruh, komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan
hubungan. Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasanemosi
yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia
dapatmembantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model
tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji
spektrum mekanisme psikologiyang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan,
kekeluargaan dan masyarakat.